Dilema bekerja atau tidak.
memang menjaga anak sepenuhnya di rumah adalah
impian semua ibu didunia.
Gila kau hati ni tak tenteram bagi sesiapa
pun jaga.
Tambah aku ni hantar nursery selepas Aleena
dijaga sepupu aku selama ni.
Balik amik anak tengok dia terpingga-pingga sorang-sorang.
Tak de orang la nak bagi perhatian lebih dekat anak kau.
Ramai lagi kot budak lain nursery nak jaga.
Cuma seronok bila amik anak di nursery dia akan melompat kegembiraan
nampak kau macam dah tak jumpa bertahun.
Sedih dan terharu bercampur baur.
Kesian aleena dan semua anak-anak yang dihantar ke taska.
Tapi aleena macam happy juga di taska sebab ramai
budak boleh main sama-sama. Dia memang jenis friendly suka main.
Aku anggap la macam hantar playschool.
Downside nya adalah dia selalu subahanallah demam dan sakit.
Aku pasrah.
Sedih tengok dia selesema sebulan tak baik.
Kudis dan parut sana sini. Nyamuk gigit, dia garu, luka, kuman dan tinggal parut.
sedih.
banyak sedih juga jadi mak yang bekerja ni.
hati selalu terguris tengok anak macam tu.
hantar pagi pukul 6.45 am, nursery baru buka pintu.
setiap hari satu guris. Kau bayangkan bertahun-tahun.
lama-lama hati aku numb. T_T
Anak tu priority. Sebab tak mampu nak hidup senang dan mewah
jadi aku kena kerja juga. Kalau harap gaji suami je kena
dok kampung.hehe. tapi aku nak dok kl. family semua sini.
nak makan sedap dan beli pelbagai mainan dan baju mahal untuk anak.
Sebab aku percaya bagi yang terbaik untuk anak, insya allah
selamanya dia akan dapat yang terbaik dalam hidupnya.
Itu pendapat dan kepercayaan aku.
Orang lain tak tau la.
jadi cuti aku dari 25 hari, sekarang bulan September tinggal 5 hari.
Sebab bila anak demam aku akan cuti.
Seminggu pun pedulik.
2 tahun terambil cuti lebih. Kena potong gaji, I dont really care cause,
prinsip aku, anak tu paling penting. Tapi sebab aku kena kerja juga,
so amik la cuti bila anak tak sihat. Dalam setahun 365 hari kalau kena potong gaji
3-4 hari tu apa sangat lah.
kacau perjalanan karier katanya oleh Human resource.
aku jawab:
Bila masa plak aku keje untuk career. aku keje untuk dapat
pahala dan duit lebey nak belanja hidup dan anak.
jadi career kacau, rekod tak cantik pun xpe.
not my priority.
itu akulah..tak tau orang lain.
setiap kali anak demam walau aku takot sikit lah nak amik
cuti sebab takot orang kena tanggung tugas aku dan boss bengkek.
Aku remind myself of my priority list.
and what is career and money if aleena makin sakit?
aleena itu penting.
:-)
so aku dah ok sekarang. cuti habis pun pedulik. janji aku bahagia.
dilema aku lagi.
bila balik kerja aku jalan laju gila.
Sumpah kalau masuk pertandingan walkathon aku menang sampai olimpik.
Laju weh.
Mind you aku ada asthma.
so bila jalan laju, sampai kereta aku mengah gila.
Kalau aku ni berkulit putih, muka aku masa tu biru.
tapi sebab kulit aku gelap, tak nampak apa la.
Tambah asthma aku tak control sekarang.
OWh, sebab aku jalan laju ialah aku tak mau
biar aleena tunggu aku lama nak jemput dia di nursery.
Time with her during weekdays is very priceless.
sat ja boleh spent time dengan dia.
by 7,30pm dia dah tidur. tu bedtime dia.
memang tetiap malam waktu tu dia dah meroyan nak tidur.
so aku memang susah nak keluar malam.
uish, monday blues memang gini. rindu anak tahap gaban.
Sorry to say la, bapak ayah papa semua tak akan rasa
apa yang mommies semua rasakan.
pure love i tell you.
Pure love.
I feel u sista...i feel u...nangeh kadang2 kalau cita bab anak kan...hari2 ada ja rasa besalah kalau tak sikit banyak.hahaaa...ok not funny.
ReplyDeletekan... i think most mothers are like that also
ReplyDelete