Tuesday, July 10, 2018

decor rumah dan tandas.

Actually belum start decor. wahahha lama betul lah aku reno rumah. masuk 3 bulan dah. However rumah makin siap!!!!!
today patut lah dah pasang lantai habis satu rumah.
dinding ruang tamu yang salah at first dia cat kuning dan cat balik colour brownish gold.

Tak sabar nak pindah.

1. bilik air letak cabinet dan quartz stone with round bowl. quartz stone tu sama dengan dapur. bagi seragam
ni tandas. apsal gambar tak clear




Monday, June 25, 2018

Berapa lama ambil masa untuk renovation rumah

Assalamualaikum Gais,

Anyway just wanna luahkan perasaan di kalbu. As you all tahu i olls tengah buat renovation kan. It has been so long. Since saya ni duduk di kuarters kerajaan yang buruk dan lama( bersyukur, cuma dok compare dengan rumah baru kan so jadi a bit depress).

 Sikit-sikit buat. rasa macam tak akan duduk je rasa. Aish. tak sabar betul. Walaupun lepas ni perjalanan agak jauh dan memakan masa. tapi mengingatkan tinggal di rumah sendiri dan cantik hati ni dah tak sabar sangat.

Kadang excitement tu pun dah mula nak hilang.

Banyak lah yang involve, macam loan application dan sebagainya memakan masa. mujur dapat Kontraktor yang baik. Rumah pun ada masalah defect sumbat yang sangat horror.
Harap dapat diselesaikan.

Sikit lagi babe. hopefully julai ni boleh pindah masuk dah. doakan ya!

Thursday, June 21, 2018

Dapur / kitchen kabinet/ english style

Assalamualaikum people,

Topik paling best nak berkongsi! Kitchen kabinet. okay, kitchen kabinet ni ada pelbagai jenis dan material. bentuk is basically depend lah ruang dapur korang macam mana. Aku gunakan nyatuh (kayu wood) sebab aku suka. kena la dengan konsep rumah. warna plak aku opted putih dengan quartz stone hitam galaxy. bila buat renovation dapur ni kena sabar. jangan rush kontraktor. tapi biasanya tak lama sangat pun

So as for me:
ni panaromic view, masuk rumah nampak dapur dulu. tak gila kau? kenalah statement kuat di sini

kalau kau tengok dapur memang sama ada L shape, or u- shape. so nak maximize kan space simpan barang aku choose U shape


this is yard. patut sidai baju kan. tapi sebab aku pakai dryer, hence aku letak cermin dan grill buat wet kitchen. Pasang exhaust fan too


sao ni dapur wet, tapi ada adjustment sebab aku tak suka asing dryer washer camtu. nanti berat nak alih. so aku dryer atas washer
ni dry kitchen aku
so renovation pun bermula. dia start dengan buat partition tiles and simen untuk aku punya dryer dan washer


ni simen dan tiles (then ada masalah sumbat, however to memang defect bangunan so aku kena paksa diorang betulkan. now baru okay)




Then aku beli sendiri sinki dry kitchen (granite sink ) dan paip dapur. but kontraktor beli sinki kecik kat aku untuk wet kitchen and my paip bagak gila. agak frust di situ
granite sink
the begining







tukar subway tiles :-)
wet kitchen
dry kitchen

tinggal subway tiles dan paip air

tinggal habiskan subway tiles dan pasang paip air
nanti bila dah siap i will update this post
updated, dah siap pasang paip air yang over.
satu mak sedara bagi harga rm 700 kau
satu lagi beli and dia ada hose xtra yang kau boleh pusing-pusing




Wainscotting dan Plaster Ceiling di rumah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alright marilah bersambung,
So i decided decoration rumah adalah glamour interior(mixed of European dan English style) makanya saya sangat mengambil kira taste Rizalman, hahaha dan juga pinterest of course. I have been watching home renovation series for many years. Berangan hias dan decor rumah ni dah lama dah. Sekali Allah swt bagi rumah. ahhh amik kau seronoknya.

Along the way sebelum dapat kunci rumah i dah start collect barang decor sedikit demi sedikit. mostly is porcelain jar dan lamp shade sebab mahal. But however post ni akan di buat kemudian ya people.

Okay , plaster ceiling i decided untuk buat flat je, sebab tak suka all those boxes dan l shape . saya suka plain sebab nak lampu downlight. however saya masa tu tengah confuse nak letak cornice atau tidak. sebab nak  buat wainscotting, takot heavy sangat.

Makanya saya decided tak nak cornice(apa tuuu? sila google)




we did satu rumah plaster ceiling with downlight dan dah siap. tapi banyak kali gak la kontraktor ni tebuk sebab banyak wiring lain yang dia kena adjust bila pasang kipas dan aircond.


wainscotting ni mmg minat mendalam. makanya gasil sebegini rupa:




Gittew. happiness.

i am in love. do you?

Wednesday, June 20, 2018

Peralatan elektrik di rumah

Assalamualaikum people,

Anyway, before i move on into renovation, i would love to share macam mana:
- macam mana nak beli peralatan elektrik yang murah
- macam mana nak pilih peralatan eletrik yang murah
- dimana nak beli peralatan elektrik yang murah.

If korang google kan, mostly akan suruh ke puchong untuk lampu kan.
Malangnya saya ni tak pergi lah jauh-jauh ni. Malaslah isunya.
So untuk plaster ceiling, saya suruh kontraktor masukkan sekali harga lampu downlight led tu. settle. Dia pun tahu nak beli banyak mana.

Then since saya punya concept rumah ni mostly guna lampu LED downlight, takperlulah beli banyak lampu. So saya hanya beli satu chandelier, actually more to aesthetic look di rumah dan invest more on lamp shade. saya memang suka main decoration guna banyak lamp shade sikit. Tema lampu yang di beli mostly is gold rose. Untuk chandelier tu saya beli di GOMBAK. kan banyak kedai lampu. so saya pergi kat one living. beli sekali untuk balkoni tapi tak jumpa pulak gambar nak share.

Owh before you all decide on buying anything decide dulu decor rumah gaya apa. Macam saya pilih Glamour Interior( basically mixed of european and english style) then kena pilih Pallet Colour yang kita akan guna
ni basically colour yang akan digunakan as i love earth tone dan gold
my basic and simple chandelier

my front door lampu. Kecil je ni kirim kat kawan masa pergi Philips warehouse sale
Okay, since now memang duduk sendiri, Means tak duduk ngan parents. Mostly barang rumah dah ada.
My house ni ada 5 bilik okay! yes you read me right, 1500 sqft. 

So now kenalah kira jumlah kipas dan aircond. Since dah ada 3 aircond dirumah. aku perlu hunt another 3 biji aircond. So what i did ialah beli di lazada 2 aircond masa promosi birthday dia RM 699 1.0 hp brand York. Then perlu satu 1.5 hp, what i did ialah, cari di lazada dan call up shop tu untuk beli di kedai dengan harga lazada. Aku nak sep delivery charges rm 60! and dia bagi. RM 1100 , 1.5 hp brand Daikin! ni untuk living room. So settle whole house aircond. Melampau tak? hahaahh

As for kipas, aku hunt di lazada juga!

1 aku dapat masa cabutan bertuah masa hari ambil kunci
1 aku dah ada dirumah
5 aku beli di lazada masa birthday dia. ( 2 kipas 5 bilah panasonic rm 250 setiap satu)
                                                                 3 Kipas 4 bilah panasonic rm 230 setiap satu)

Happy gila. Kat kedai rm 300 setiap satu kipas brand panasonic. so kena rajin cari and survey selalu.
Bila lori delivery sampai aku excited sangat haha. mujur lah delivery staggered dan orang lain-lain hantar. So muatlah aku nak bawak balik!
Untuk aircond pulak mujur lah orang lazada tu hantar, kontraktor aku tak kisah terima. So settle masalah. dan aircond yang beli kat kedai harga lazada tu pulak laki aku la angkat.
 Alhamdulillah pasang semua kipas berjalan.

Panjang ye post  ni.

Lagi barang elektrik yang aku beli ialah new washing maching dan dryer.
Aku tak suka sidai baju di dalam rumah. Tak elok sidai di balkoni nampak hodoh apartment. Tak boleh sidai di yard sebab nak buat wet kitchen (haha) dan sekarang pun memang pakai dryer sepenuh masa. (so dryer lama bagi pada mak)
So untuk dua mende ni, kawan aku pernah bagitau Elextrolux suka buat warehouse sale! Bila sale murah beratus! gila kau!
Semualah dari fridge sampai ke dapoq!

so aku google one day tu sekali x beberapa hari lepas tu ialah warehouse. Berdesup awal pagi aku keluar. Memula ingat pergi tak akan ada orang. Sekali amik kau beratur panjang. Mujur aku insaf dan pergi beratur awal. 1 jam 30 menit  beratur. Rupanya bila dia release je orang, berlari semua masuk dan akan koyak satu sheet ni and tulis nama if kita nak. then dia bagi masa sejam, if tak bayar dia akan re-tampal sheet tu. lepas ko bayar kena pergi balik kat barang yang kau beli dah tulis nama lepas tunjuk proof of purchase dia staple sekali. pergh.

So aku beli dryer and washer sbb nak stack. and beli size yang kecik je. 7 kg washer and 6.5 kg dryer. aku rembat gak water heater 2 biji. so rumah aku macam complete sangat. i am so happy!

As for peti ais bagai aku dah ada. so pakai je dulu.

washing machine lama aku bagi rumah anak yatim nanti.


if ada teringat apa-apa lagi pasal elektrik ni aku add on nanti aku people.

Dapat rumah baru.

hi hi hi people, lama tak update.

Anyway, nak bagitahu i finally ada rumah sendiri! dapat rumah PPA1M di kepong. Tersangatlah happy. Memula masa permohonan ni dibuka, aku tak hantar dengan betul, then kecewa sangat bila result dah keluar. Then tak lama lepas tu tiba-tiba dia buka balik permohonan ni sebab ada yang reject. Aku apply dengan rayuan. Alhamdulillah berjaya. Seronok tu rasa nak menagis. Sebab aku memang kena keluar dari kuarters ni this year.

So aku dapat offer rumah pada Julai 2017.
Kunci bagi 29 Mac 2018 pada hari yang sama aku dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.
Perasaan masa tu? Tak dapat digambarkan. It was the most happy days in my life.

Then bermula lah pilih concept bagai macam mana nak renovate rumah.
it wasnt easy but aku memang jenis suka interior decoration ni.
hasil tengok macam-macam series renovation really helps.

so in the next following post aku akan share my renovation. Satu aku perasan bila aku google nak cari idea and info memang dah tak banyak. Sebab sekarang orang dah tak blogging kan. Hence information jadi limited skit.

i will see you in the next post gais!