Tuesday, January 10, 2012

career vs motherhood

okay ever since i have a baby , i dont think much of myself.all i can think off is her.

makan dah tak puas sebab kena makan cepat cepat takot anak terjaga, or rasa bersalah orang lain jagakan masa kau makan.sebab tu makan tak pernah kenyang walaupun nasi sepinggan penuh sebab tak sempat merasa, telan je, suap telan suap telan suap telan.gigit sekali je hahah

mandi macam tak bersih sebab kau mandi kambing.sabun apa yang patut, dah tak sempat sental. kalau husband jaga baru aku lulur over sikit. mandi setiap hari adalah sabun , basuh muka and berus gigi secepat mungkin. kadang-kadang if mandi, anak tak ada orang jaga aku selalu tutup air dengar ada dia nagis tak.

tidur? apa itu? dah lama tak tidur betul. selalu terjaga every 1 hour.paling lama pernah tidur is 2 hours nowadays.but im okay. cuma ever since breastfeed sambil baring ni, tulang belakang sakit sedikit pasal mengiring lama kan and ruang tak banyak untuk tidur and mengeliat. kalau aleena tidur bersama dia tidur 2 jam, dalam baby cot sejam so aku kesian kat dia.so biarlah mama mengalah gittew.

makanan dan minuman sudah tidak boleh hentam kromo lagi kerana menyusu. faham.

owh silap topic,

aku sekarang tengah confuse, nak kekal kerja di government atau keluar ke private. gaji wise memang beza la. beribu.okay fine rm2000. beribu la tu kan.

tapi cuti tahunan kurang jadi 16hari. before 25 hari.

kerja extra half day.sigh.

tapi, tak yah oncall, tak yah mengadap muka boss, tak yah mengadap muka patient ramai sangat, tak payah buat extra kerja bawah kementerian lain iaitu bagi ubat dekat penagih dadah(menci),tak payah buat DMTAC,

tapi kerja private ni tak secure sangat.itu je la kan. and kalau kerja government senang nak bela anak sebab cuti banyak skit and boss sekarang flexible aku rasa.


susah hati.



No comments:

Post a Comment